Tuesday, September 21, 2010

PM-Projek Gagal Disiapkan

Artikel ini dikaji adalah untuk tujuan pembelajaran dan bukan atas tujuan politik dan memburukkan sesiapa. Harap maklum

Nama Projek: Hospital Shah Alam
Projek Bernilai:482 Juta
Main Contractor:Sunshine Fleet Sdn Bhd >> (RM482million)
Sub Contractor: GM Healthcare Sdn Bhd
Isyoda (M) Sdn Bhd (451million)
Masa: Start: 2007
Ends:
-First Schedule:14 August 2010
-Second Rescheduled:November 2010
-Third Rescheduled:25-6-2011

-----------------------------------------------------------------------
Projek Gagal disiapkan didalam Tempoh yang ditetapkan.
Petikan Dari www.malaysiakini.com.
Ruj: http://www.malaysiakini.com/news/143200

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menamatkan perkhidmatan Sunshine Fleet Sdn Bhd sebagai kontraktor utama dalam pembinaan projek Hospital Shah Alam.Surat penamatan kontrak yang bertarikh 3 September itu ditandatangani oleh ketua pengarah kerja raya, JKR, Datuk Seri Judin Abdul Karim.

Dalam sesalinan surat itu yang diperolehi oleh Malaysiakini, JKR menggunakan Fasal 54 syarat-syarat kontrak untuk memecat Sunshine Fleet kerana didakwa gagal menyiapkan projek mengikut jangkamasa yang ditetapkan.Fasal itu adalah sesuatu yang lazim dalam kontrak JKR yang memberikan jabatan itu hak untuk menamatkan kontrak jika kerja-kerja yang dijalankan tidak seperti yang dijadualkan.

“Dukacita diperhatikan bahawa tuan didapati tidak menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh dan kerja tuan didapati tidak dapat disiapkan pada tarikh siap kerjayang telah ditentukan iaitu pada 25/06/2011.“Kerja tuan sepatutnya sudah 33.1 peratus (laporan skala bertarikh 2/09/2010) siap tetapi kemajuan yang dicapai setakat ini adalah hanya 27 peratus,” petik surat itu.

Menurut Judin, kegagalan menyiapkan projek itu masih berulang meskipun syarikat berkenaan telah diberi notis .

Surat itu juga mengarahkan Sunshine Fleet - yang dimiliki oleh tiga kerabat diraja Selangor - untuk menghentikan segera semua kerja, mengosongkan tapak pembinaan dan menyerahkan pemilikan tapak bina itu kepada JKR. Pekerja syarikat itu juga diarahkan dengan meninggalkan semua bangunan sementara, loji, perkakas, kelengkapan, barang-barang belum terpasang kepada JKR.

Menurut Judin, kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 54.3 syarat-syarat kontrak dan Sunshine Fleet dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan timbul akibat penamatan kontrak itu.

Ketika dihubungi, pengarah kesihatan pekerja JKR, Husnani Abdul Karim mengesahkan penamatan kontrak itu dan berkata projek berkenaan akan kini ditenderkan semula kepada mereka yang berminat.Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan berapa kemelut ini akan melambatkan pembinaan hospital yang sepatutnya siap tahun depan itu.

--------------


Sub-kontraktor tuntut hutang RM10j
4 April 2010
oleh: Hazlan Zakaria

Sub-kontraktor pembinaan Hospital Shah Alam, GMH Healthcare, telah menghantar surat tuntutan hutang pinjaman berjumlah RM10 juta, kepada kontraktor turnkey pembinaan hospital bernilai RM482 juta itu - Sunshine Fleet.

Sehubungan itu, Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor - Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah - berdepan dengan kemungkinan diisytihar muflis kerana didakwa gagal membayar balik hutang tersebut.Perkembangan terbaru ini mungkin mengakibatkan kelewatan menyiapkan pembinaan hospital tersebut.

GMH telah mengeluarkan notis tuntutan itu, bertarikh 31 Mac mengikut Seksyen 218 Akta Syarikat 1965, kepada Sunshine Fleet milik adik Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Sultan Abd Aziz Shah.Seksyen tersebut menyebut bahawa mahamah boleh mengeluarkan perintah penggulungan sekiranya syarikat terbabit gagal membayar hutangnya. Jika perintah itu dikeluarkan, aset syarikat berkenaan akan dirampas dan digunakan untuk membayar hutangnya,

Dalam surat tersebut yang diserahkan kepada Sunshine Fleet Khamis lalu, GMH menuntut syarikat Tengku Arafiah - yang merupakan kontraktor utama projek pembinaan Hospital Shah Alam - membayar jumlah dihutang berkenaan.

Sunshine Fleet dimiliki oleh Tengku Arafiah (70%), anak lelakinya Putera Azamuddin Shah Abdul Aziz (10%), dan bapa saudaranya, Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Selepas memenangi kontrak tersebut pada 2007, projek itu disub-kontrak oleh Sunshine Fleet kepada syarikat pembinaan Isyoda. Bagaimanapun Isyoda gagal menyiapkan projek tersebut selepas ia dinyah-senarai dari Bursa Malaysia, dan kini dalam proses diisytiharan muflis.

Projek tersebut kemudiannya disub-kontrak kepada GMH.


GMH mendakwa, selepas ia mengambil alih projek tersebut tahun lalu daripada Isyoda, ia telah membayar RM10 juta bon dengan Jabatan Kerja Raya bagi pihak Sunshine Fleet.

Menurut prosedurnya, bon tersebut perlu dibayar oleh kontraktor turnkey Sunshine Fleet selaku pemegang kontrak utama.Sunshine Fleet mempunyai tempoh 21 hari dari tarikh menerima surat tersebut, untuk membayar balik RM10 juta atau berdepan dengan tindakan selanjutnya.

0 comments:

Post a Comment