Kami Anak Malaysia

Bersama Berganding Bahu Kearah Membina Generasi Gemilang.

Merialisasikan Impian Untuk Semua

Bekerjasama Tanpa Diskriminasi

Adik-Adik kami Bimbing dan Sahabat Kami Pimpin

Mengamalkan Perkongsian dan Amalan Terbaik

10 Program Utama Untuk Semua

Program Yang Akan Mengubah Sikap dan Menambah Ilmu

Konsep Penglibatan Peserta dan Pembelajaran Aktif

Yang Berat Sama Di Pikul dan Ringin Sama Di Jinjing

Friday, September 24, 2010

PM-Pemantauan Projek PBT Kedah 'Shoot to Death Session'-Video



Sesi 'Shoot to Death' dijalankan bagi menseragamkan projek 'work flow' semua PBT di Negeri Kedah untuk tujuan pemantauan oleh SUK Kedah. Sesi ini telah membuahkan hasil yang amat baik apabila pihak SUK Kedah sendiri mengambil bahagian didalam menseragamkan aliran projek terutama aliran kerja bagi:
1. Projek 'Direct Nego'
2. Projek Sebutharga
3. Projek Melalui Tender

Hasil daripada penseragaman aliran kerja ini telah memudahkan PBT dan SUK mengenalpasti dimana berlakunya masalah dan mencari jalan penyelesaian menggunakan kaedah pengurusan projek.

PM-Pemantauan Projek PBT Kedah 'Kajian Kota Damansara' -Video



Kajian Kes telah dijalankan dan semua peserta telah dibawa ke tapak projek 'Uptown Damansara' dan 'Kompleks Muhibbah Petaling Jaya'. Kedua-dua tapak ini telah dipilih kerana projek ini telah berjaya menyelesaikan dua(2) masalah utama iaitu:
1. Kesesakan (JAM) lalulintas di 'Uptown Damansara'
2. Penempatan semula peniaga-peniaga di 'Uptown Damansara' ke kawasan perniagaan yang baru

Projek ini juga telah berjaya menjana pendapatan lebih kurang RM100,000.00 bagi PBT dengan penempatan semula penjaja-penjaja ke kawasan yang baru.

Kajian kes ini adalah kajian lawatan kali yang keempat (4) yang sebelum ini dijalankan di Bandar Melaka. Peserta-peserta sebelum ini telah didedahkan tentang bagaimana mengatasi masalah pemindahan penjaja di bandar Melaka dan bagaimana menarik pengunjung untuk datang ke kawasan perniagaan 'Shopping Mall'.