Tuesday, September 21, 2010

PM-Pemantauan Projek PBT Kedah 18-20 September 2010

54 Jenis Masalah Yang Dihadapi Oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah

Findings From Discussion:
1.Kakitangan kurang terutamanya juruteknik
2.Kerjasama bagi koordinasi tugas antara jabatan amat kurang memuaskan
3.Kurang kerjasama daripada pihak kontraktor terutama ‘part bayaran’ –selalu lambat
4.Masa yang diperuntukkan bagi menyapkan projek terlalu seuntuk
5.Terlalu banyak projek dijalankan serentak
6.Kontraktor tidak mengikut spesifikasi yang di tetapkan
7.Penyelia yang selalu bertukar-tukar
8.Kurang pemantauan dari ‘boss’ (kebiasaannya penyelia tidak boleh membuat keputusan)
9.Skop kerja yang berubah
10.Terpaksa melakukan kerja-kerja penambahan (v.o) semasa projek sedang berjalan kerana timbul masalah yang tidak dijangka
11.Masalah tapak yang berubah bentuk semasa projek hendak dimulakan
12.Masalah kroni menyebabkan pemberian kerja kepada kontraktor yang tidak sepatutnya
13.Kelewatan penyediaan pelan
14.Kelewatan penyediaan spesifikasi
15.Kelewatan penyediaan dokumen sebutharga
16.Komitment yang rendah daripada pegawai-pegawai yang terlibat dengan projek
17.Arahan yang tidak jelas
18.Jadual perlaksanaan yang tidak dipatuhi
19.Percanggahan pelan spesikikasi dan BQ
20.Komunikasi yang lemah antara pelanggan dan pasukan projek
21.Projek lewat serah kepada pelanggan / pengguna
22.Projek siap tidak mengikuti jadual (lambat)
23.Perubahan harga / VO
24.Kelemahan pengurusan tapak
25.Pegawai teknikal tidak kompiten
26.Projek siap menjadi gajah putih
27.Campurtangan politik
28.Tidak ada komitmen daripada lain-lain jabatan
29.Kurang tenaga kerja mahir
30.Pembakan tidak dapat membekalkan ‘material’ yang dikehendaki
31.Peralatan yang ‘outdated’
32.Kehendak pengguna yang berubah-ubah
33.Tidak cukup masa dalam menyiapkan spesifikasi dan kos projek untuk tujuan permohonan peruntukan
34.Pengurusan projek pada tahap yang paling minima kesan kepada kualiti akibat ketidakcukupan pegawai
35.Bagi projek gerai dan medan selera, pengisian peniaga lambat dibuat dan mengakibatkan kecurian dan vandalism
36.Tiada perbincangan antara jabatan kejuruteraan dengan unit sewaan untuk membina gerai-gerai majlis
37.Lokasi bangunan yang tidak strategic
38.Surat-surat berkaitan projek yang diterima daripada SUK diperingkat pentadbiran lambat disalinkan kebahagian kejureteraan
39.Ketidaktelusan pegawai atasan yang terlibat dalam pemilihan kontraktor
40.Kekurangan kenderaan untuk tujuan lawatan atau seliaan kerja
41.Kekurangan pegawai atau juruteknik bagi mengawasi projek
42.Kontraktor buat kerja tebalik serta tidak ikut tatacara kerja
43.Kontraktor tidak berpengalaman
44.Kontraktor yang tidak mematuhi arahan dari pihak majlis
45.Banyak kontraktor kelas F : sub kerja kepada kontraktor lain dan menyebabkan susah untuk diberi arahan terus ditapak
46.Kontraktor yang susah menerima arahan
47.Kontraktor yang tidak cekap didalam pengurusan projek melambatkan penyiapan kerja
48.Kontraktor tidak ikut spesifikasi kerja seperty yang telah ditentukan
49.Kontraktor tidak wibawa
50.Pemilihan kontraktor yang tidak tepat
51.Peruntukan yang diluluskan tidak mencukupi seperti yang dirancang
52.Budget yang kurang tetap dan selalunya kurang
53.Proses bayaran lambat dipihak kewangan yang banrak ‘red tape’
54.Masalah untk mempercepatkan proses pembayaran dan pengesahan daripada pegawai atasan (YDP)

Peserta-peserta dari PBT Negeri Kedah telah berjaya berkongsi masalah yang mereka hadapi terutamanya didalam dan sewaktu menjalankan projek. Sebanyak 54 jenis masalah yang biasa ditemui telah dapat diatasi dengan menggunakan 'project management tools and technique'. Hasil dari penyelesaian tersebut telah diabadikan didalam bentuk gambar (Knowledge Branching).

0 comments:

Post a Comment