Kami Anak Malaysia

Bersama Berganding Bahu Kearah Membina Generasi Gemilang.

Merialisasikan Impian Untuk Semua

Bekerjasama Tanpa Diskriminasi

Adik-Adik kami Bimbing dan Sahabat Kami Pimpin

Mengamalkan Perkongsian dan Amalan Terbaik

10 Program Utama Untuk Semua

Program Yang Akan Mengubah Sikap dan Menambah Ilmu

Konsep Penglibatan Peserta dan Pembelajaran Aktif

Yang Berat Sama Di Pikul dan Ringin Sama Di Jinjing

Saturday, November 3, 2012

Peluang Praktikal, Berniaga dan Belajar di PakarPC



SHAH ALAM - Pakar PC menerusi Xpert Synergy Sdn Bhd menawarkan kursus intensif berkaitan teknik membaiki dan memasang komputer dalam tempoh singkat bagi golongan belia.
Pengarah Xpert Synergy Sdn Bhd, Megat Zainurul Anuar Megat Johari berkata, berkonsepkan membaik pulih komputer secara bergerak, syarikat yakin dapat membantu belia kurang bernasib memulakan perniagaan. Menurutnya, inisiatif itu menjadi platform belia berjaya dalam bidang perniagaan khususnya mereka yang masih belum bekerja.
"Selain diberikan sijil, belia yang telah menguasai kemahiran ini berpeluang memulakan perniagaan sendiri atau bekerja bersama Pakar PC."Sehingga kini, Pakar PC berjaya melahirkan tiga usahawan menerusi program dan pelan yang disediakan," katanya kepada Sinar Harian.Megat berkata, fokus syarikat adalah membantu belia yang masih tidak mempunyai kerja tetap dan berjaya menjadi usahawan. Menurutnya, Pakar PC beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti membaiki, memasang dan memasukkan perisian komputer."Syarikat turut menerima tempahan membaiki alat elektronik. Untuk keterangan lanjut, boleh melayari Facebook ThepakarPC atau menghubungi talian 1-800-88-7508," katanya.
Ref: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pakar-pc-bantu-belia-cipta-kejayaan-1.100325
Ref: Akhbar Sinar-3 Nov 2012 - Muka Surat 57