Friday, September 24, 2010

PM-Pemantauan Projek PBT Kedah 'Kajian Kota Damansara' -Video



Kajian Kes telah dijalankan dan semua peserta telah dibawa ke tapak projek 'Uptown Damansara' dan 'Kompleks Muhibbah Petaling Jaya'. Kedua-dua tapak ini telah dipilih kerana projek ini telah berjaya menyelesaikan dua(2) masalah utama iaitu:
1. Kesesakan (JAM) lalulintas di 'Uptown Damansara'
2. Penempatan semula peniaga-peniaga di 'Uptown Damansara' ke kawasan perniagaan yang baru

Projek ini juga telah berjaya menjana pendapatan lebih kurang RM100,000.00 bagi PBT dengan penempatan semula penjaja-penjaja ke kawasan yang baru.

Kajian kes ini adalah kajian lawatan kali yang keempat (4) yang sebelum ini dijalankan di Bandar Melaka. Peserta-peserta sebelum ini telah didedahkan tentang bagaimana mengatasi masalah pemindahan penjaja di bandar Melaka dan bagaimana menarik pengunjung untuk datang ke kawasan perniagaan 'Shopping Mall'.

0 comments:

Post a Comment