Pembangunan Portal
Pengurusan projek bersaiz kecil tidak boleh dipandang remeh kerana ianya mempunyi rintangan yang tersendiri seperti:
1. Masa yang diperuntukan adalah terhad dan selalunya pendek
2. Peruntukan yang tidak banyak dan selalunya tidak mempunyi peruntukan tambahan
3. Bilangan pasukan yang kecil dan terhad
Apabila mengambilkira rintangan dan halang yang sedia ada seperti yang diatas, pengurusan risiko dan ’triple constrain’ perlulah diberi perhatian supaya projek tidak terganggu.
Simulasi projek kali ini adalah simulasi pembangunan laman sesawang ataupun ’laman web’. Perkara yang paling utama adalah menentukan proses kerja dan urutan kerja seperti menentukan ’Workbreakdown Structure’ ataupun bahagian tugas yang perlu dilaksanakan. Terdapat tiga (3) bahagian kerja utama didalam proses membangunkan laman web iaitu merancang, membangunkan dan menerbitkan (publish).
1. MERANCANG (PLANNING)
Langkah 1: Menentukan Skop Projek
Menentukan skop projek dengan mengenalpasti 4-5 ciri-ciri skop projek yang hendak dibangunkan. Langkat ini adalah amat penting supaya ’skop projek dapat dikawal dan pengurusan ’triple constrain’ dapat dibuat dengan mudah.
Langkah 2: Menentukan Kerja-Kerja yang Perlu Dilakukan.
Langkah 3: Pebentukan Pakej Kerja (Workbreakdown Structure)
Langkah 4: Kembangkan Setiap Langkah Yang Terlibat didalam Pakej Kerja dengan mengenalpasti ciri-ciri utama yang perlu dibangunkan.
Langkah 5: Membuat butir-butir ‘sitemap’ bagi projek, Bagi projek pembangunan laman web setiap butiran mestilah dibuat dengan terperinci sehingga ke tahap fail, folder dan format fail.
Langkah 6: Membuat ’to-do list’ bagi tugasan harian. Langkah ke-enam ini penting bagi menentukan apakah ’milestone’ yang perlu dicapai dan bilakan ianya harus dicapai. Didalam langkah yang ke-enam carta gantt (Gantt Chart) haruslah dibentuk dan setiap ‘milestone’ perlulah dilabel dengan jelas. Dengan ini progress kerja dapat ditentukan dengan jelas.
2. PEMBANGUNAN DAN PERCUBAAN
Langkah 7: Pembangunan dan Percubaan (Testing)
Didalam langkah yang ke-tujuh, penulisan kode HTML, CSS, PHP, JavaScript dan ‘testing’ haruslah dibuat. Dengan ini ‘bugs’ dan ‘error’ akan dapat dikenalpasti dan diperbetulkan. Apabila kesemuanya telah siap dibangunkan ‘final testing (alpha / beta) ’ hendaklah dibuat sekali lagi untuk menentukan semua ‘error’ dan ‘bugs’ telah di atasi. Di dalam pengurusan projek langkah ke-tujuh ini berada didalam langkah kawalan dan pemerhatian (control and monitor).
3. PENERBITAN
Penerbitan adalah langkah terakhir didalam projek pebangunan laman web sebelum ianya diserahkan kepada pemilik projek ataupun pelanggan. Pengurus Projek seharusnya sudah menyiapkan draft laporan bagi penutupan projek (project closing) dan mesyuarat kumpulan perlulah dilakukan bagi mengumpulkan semua dokumen kerja dan penyiapan laporan akhir dan persembahan kepada pelanggan ataupun pemilik projek.
Download Link
Managing a Small Project
Regards
MZA
AWAS Pengguna Handphone Samsung
-
*Spare-Part Dileraikan*
Baru-baru ini, saya cuba untuk membaiki handphone yang rosak, jadi saya
telah pergi ke sebuah kedai di daerah Kuala Lumpur, nama...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment