Apa yang merisaukan saya, anak-anak remaja sekarang terlalu suka UPDATE POSTING dan SHARE LOCATION. UPDATE POSTING & SHARE LOCATION ni umpama Minyak & Api bahayanya. Kalau kita fikirkan untuk apa kita beritahu semua orang dimana kita berada dan apa kita sedang buat atau nak buat selepas ini, kalau nak beritahupun cukuplah beritahu ibu-bapa dan ahli keluarga sahaja dan bukannya posting di public wall.
Smartphone hari ini sangat canggih, ada 'GPS Location tracking' dan kita boleh 'broadcast' dimana kita berada tapi ingat! Dalam kecanggihan ini ada banyak bahayanya yang kita tak tahu. Bayangkan anak remaja kita sharekan posting dimana dia berada dan kemana dia nak pergi dan yang membacanya adalah pemangsa. Sudah pasti pemangsa sudah bersiap-sedia untuk tindakan seterusnya.
Saya kongsikan juga 5 Aplikasi LBA (Location Based Apps) yang sangat bahaya jika disalah guna:
01. Foursquare (Android, iOS): dulu apps ni kita perlu check-in untuk beritahu lokasi tetapi sekarang tidak perlu lagi dan secara automatik maklumat dimana kita berada akan dipaparkan pada orang lain.
02. Swarm (Android, iOS): Aplikasi chat yang menyokong Foursquare, sesiapa yang guna Foursquare boleh ber'chatting dengan rakan menggunakan swarm. Swarm pula akan beritahu rakan-rakan yang lain dimana kita berada dan alertkan kita bila rakan-rakan masuk ke bandar dimana kita berada. "sama seperti perangkap yang menunggu pelanduk".
03. WeChat (Android, iOS): Aplikasi WeChat membenarkan (stranger) orang yang kita tidak kenali untuk menghubungi kita secara terus. Aplikasi WeChat juga ada fungsi 'shared location' dan pengguna WeChat yang lain boleh membuat imbasan (scan) didalam jarak 2KM dari tempat dimana kita berada.
04. Facebook Messenger (Android, iOS): Facebook Messenger (FBM) dulu hanya tunjukkan lokasi dibandar mana kita berada tetapi sekarang dah diupdate dan boleh tunjuk dimana kita berada dengan petanya sekali.
05. Glympse (Android, iOS): Satu lagi apps LBA selain Swarm dan Foursquare yang memboleh pengguna berkongsi lokasi tanpa perlu 'sign-in'.
Mungkin ada yang fikir "ok, kalau macam tu bila kita buat posting kita tak perlulah share location, jadi selamatla". Ini sebenarnya salahfaham yang amat sangat tentang teknologi media sosial. Kalau dulu ya betul tapi sekarang kebanyakan aplikasi media sosial terutama Swarm, Foursquare dan Facebook Messenger dan tak perlukan KITA SHARE LOCATION, APPS INI AKAN DETECT SECARA AUTOMATIK DAN BROADCAST!
AWAS, jika sayang anak-anak anda, pastikan kita beritahu mereka akan bahayanya aplikasi ini. Anak-anak 'hanya tahu suka ', dan selalunya suka-suka selalu membawa duka.
Untuk parents satu nasihat saya, sila disablekan LBA di smartphone anak-anak anda.
Note: Saya sebenarnya ada 5 lagi aplikasi yang sangat bahaya dan telah banyak memberikan impak negatif pada remaja di barat, lima aplikasi ini sangat ditakuti oleh ibu-bapa di sana. Cuma saya tidak kongsikan di posting saya kerana ditakuti ianya 'MEMBERIKAN IDEA' pada remaja untuk menggunakannya untuk tujuan salah.